Feb 15, 2011

Sebelum waktu membataskan

Entahlah.

waktu senggang ini menyeksa

hatiku mendung tak berpunca

tangisku sedu yang tak terhentikan

sakit.

sesak.

terhimpit.

apa ertinya sahabat padamu?

apa ertinya sahabat padamu?

apa ertinya sahabat padamu?

mungkin kau rasa kau lebih baik dan lebih sempurna..

kau merasakan semua orang tidak patut berasa gembira?

Setiap kali kau berasa marah, orang lain harus merasa apa yang kau rasa?

Dan bila orang lain gembira, kau harus bunuh kegembiraan itu...

atau...

terseksa kah kau kerana orang lain sudah berusaha meneruskan hidup?

Sekejap kau begini,

sekejap kau begitu..

mungkin kau suka lihat aku terseksa....

tak pastilah bagaimana..

kau sudah membuat hatiku kacau

atas keikhlasan kau menyebut tentang masa lalu

yang sudah berusaha kulupakan....

atas nasihat kau..

Masa lalu yang tertinggal

dan kau heret semula dalam perbualan

tanpa sebab..

jadi, kau gembira kan?

Kerana Aku bersedih tentang masa lalu itu.

No comments: