Betapa besarnya pengaruh doa dan keberkatan dalam hidup.
adik lelaki saya yang suka merayap dan lepak hingga tengah malam dengan kawan-kawan mendapat 8 kredit dan satu lulus dalam SPM. Alhamdulillah. Segala Pujian kepada Allah dengan hikmah sabar dan berbuat kebaikan, Dia membalasnya dengan permulaan kehidupan yang baik untuk adik lelaki saya:
# yang rajin tolong mama walaupun dia busy dengan kehidupan dia lain
# yang baik hati dan suka mendengar masalah-masalah kaum perempuan yang remeh temeh
# yang walaupun dia sedang belajar, tetap melayan "tetamu-tetamu" yg datang dengan baik
(kawan-kawan yg suka lepak dirumah hingga jauh malam)
#Yang rajin pergi solat Jumaat, puasa dan bersedekah pada hari Jumaat.(adik-adik lelaki yg lain sometimes tak pergi jika ada hal lain)
# yang tidak berkira
# yang memahami
Mengikut cerita mama saya, adik lelaki saya terus memeluk mama selepas mendapat keputusan SPM itu dengan ucapan "Terima kasih ma, berkat doa mama"
esok harinya, bila dia call saya di Office, seperti biasa-saya menangis lagi.Sangat bangga kerana dengan apa yang dilaluinya sepanjang tahun lepas itu,dengan kehidupan remaja yang aktif dan kelihatan tak berfikir tentang masa depan, ada seriusnya dia. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Sebagai orang yang rapat dengan dia, saya rasa terkesan dengan peristiwa ini. Menyuntik semula semangat dan motivasi di dalam diri, yang sometimes tak menentu hala.
Betapalah kita selalu berfikir kearah yang negatif, padahal tuhan selalu menunjukkan yang positif dan baik-baik dalam setiap kejadian. Betapalah kita selalu merasa tak berdaya, padahal sekiranya kita beristiqomah dalam melakukan kebaikan, Allah memberi ganjaran yang setimpal.
Semangat saya melalui hari-hari yang datang dan pergi. walaupun ada kata-kata dan perlakuan sinis mula kelihatan, tak mengapalah. Allah Maha Memahami, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tak perlulah memberi jawapan yang bersifat duniawi. yang penting, kehidupan ini dipenuhi dengan restu Ibubapa, dan berada dalam keredhaan Allah, cukuplah. hal-hal lain akan terjaga dengan sendirinya.
Berusaha lagi untuk do good, not only for yourself, but for the goodness itself and for Allah's rewards.
Tapi sebenarnya inilah berkat doa ibu. InsyaAllah, berkat kehidupan didunia dan akhirat. Murah rezeki.
Alhamdulillah, Ya Rabbi.
No comments:
Post a Comment