mampukah
sekepal hati yang sarat
menanggung bicara sepi
menyimpan ingatan yang terpahat
merintih
dimana penghujungnya...
izinkan sekadar menatap
keindahan taman...
halaman orang
kalaupun bukan
di taman sendiri...
biar cuma sepintas lalu
tiada bermakna untuk memiliki
maaf kerana tiada sengaja
menyimpan detik di hati
kerana hati sukar di fahami
namun
izinkan ku menjejaki
jejak hidupmu
kerana hidup ini
ada perjanjian dengan-Nya
yang pasti berakhir jua.
written by:Dini Mazhani(BDS)
-the poem is so biasa yet so touching.special in its own way.
No comments:
Post a Comment