berasa biru kerana merindui si kecil yang jauh di rumah.
sepanjang hari semalam memikirkan dia.mak saya suruh ambil cuti untuk majlis perkahwinan makcik saya akhir November ini.saya keberatan.Bukan sebab tidak suka.Tapi pertemuan yang sekejap dengan si kecil itu nanti akan buat saya lebih rindu dia.
akhirnya kerana perasaan yang membuak-buak itu,panggilan lewat malam itu pun berlaku.tapi,dia sudah tidur pula...huh.benda pemanggil ini pula mempunyai masalah daya ketahanan.sekejap nyala,sekejap padam.geram!
Lewat solat semalam,tidak henti-henti doa mudah-mudahan Allah memelihara dia dan sentiasa berada di bawah rahman dan rahim-NYa.itulah saja yang termampu buat.Sangat jauh untuk sampai dengan jasad.Doa lebih cepat.Insya Allah.
Walaupun begitu,saya rasa lega sikit sebab adik perempuan saya temankan saya berbual.sekurang-kurangnya,kita tahu.semua orang dalam keadaan yang baik.
lama betul tidak nangis macam semalam.dan selepas nangis tu perasaan lebih lega.bukan saja perasaan yang berkait dengan dia.tapi tentang semua.semua sudah terbasuh dengan airmata yang tidak dapat ditahan-tahan lagi.
huh.selepas itu,tidur dengan nyenyak.;o)
2 comments:
alif kn..so cute la dia tu..
tu yang rindu tu..huhu
Post a Comment