Mar 6, 2010

kamu lagi

sedang fikirkan kamu.
Dengan siapa?Buat apa?dimana?
sedang sangat rindukan kamu
tapi tak tau bagaimana
untuk beritahu kamu.
Fikirkan kamu
hidup kamu
kata-kata kamu
diri kamu
kebohongan kamu
kegembiraan kamu
harapan kamu
semua tentang kamu.
kenapa semakin hampir kepada kamu,
semakin banyak pula yang tak jelas?
kenapa semakin ingin dekat kamu,
semakin banyak yang tak kena?
apa yang benar tentang kamu?
apa pula yang salah?
yang mana yang harus di percayai?
yang mana yang harus dibenci?
SIAPA kamu?
SIAPA kamu?
SIAPA kamu?
kenapa perlu bertanya soalan,
sekiranya tiada jawapan yang pasti?
kenapa perlu mulakan
sesuatu yang sudah tamat?
kenapa perlu fikirkan kamu
bila kamu tak pernah memikirkan tentang apa pun?
selain diri kamu.

kenapa kamu lagi?

No comments: