Ramadhan hampir ke penghujung. Terasa ringan sungguh ramadhan kali ni..mungkin lantaran dosa yang sedar dan tak sedar..kemaksiatan yang terlanjur atau tersengaja atau tak terkontrol..Dan lantaran amalan yang tak seberapa. Ahh! Demi Masa, Sesungguhnya manusia kerugian..
Beberapa hari yang tinggal ini, harapan agar ibadah yang sedikit ni dapat di maintainkan..Self-control yang kadang boleh pakai, dan kadang-kadang tak boleh ni, harapnya boleh di harapkan sepenuhnya. Ya Allah, tiadalah kekuatan melainkan Engkau.
Terjumpa sesuatu yang ditulis oleh seseorang..secara peribadinya...saya suka dan rasa tertampar sedikit. Mungkin kerana ada terbuat keatas orang lain, atau ada yang terkena kepada diri sendiri..
Sementalah rasional akal masih bersisa, disini, saya ingin melahirkan kemaafan kepada mereka-mereka yang mencalarkan hati saya, membuatkan saya membazir airmata tak pasal-pasal dan melukakan saya secara fizikal ataupun emosi..saya memaafkan anda-anda semua..dengan harapan anda-anda semua memaafkan kesilapan dan kekhilafan saya, yang sengaja, tak sengaja, yang teremosi dan sebagainya lagi.. saya hanya manusia, dengan kelemahan saya sebagai manusia..
berikut ini, adalah coretan maaf yang saya cilok dari kawan saya kerana saya suka akn teksturnya:o)
1.mengeluarkan bahasa kasar & kesat
2.memakan makanan anda dengan sengaja & xsengaja(mintak halal)
3.MENGUMPAT anda
4.menyampaikan UMPATAN MENGENAI ANDA kepada org lain
5.berhutang(sila tuntut..kontek no. enset)
6.mengeluarkan kata2 sindiran kpd anda
7.mengambil barang, kawan-kawan,kekasih anda dgn sengaja & xsengaja(mintak halal)
8.menjeling,menjuihkan bibir,ignore serta perilaku yang menyakitkan hati
9.dengan SENGAJA IGNORE kehadiran, sms,mms,email,pertanyaan,panggilan anda
10.dan segala-gala yang pernah menyakitkan hati
Salam Ramadhan al Mubarak, eid Mubarak..
2 comments:
oi ana, re-follow my blog yah? hihihi sudah re-vamp sudah tu. begin anew bha!
sdh..dia auto bah..hehehe
Post a Comment