May 9, 2012
Yang tersembunyi
Seharian aku rasa down amat. Serba tak kena dan menerawang fikiran. Aku lawan perasaan kacau bilau itu, tak mahu mengalah kepada perasaan yang tak menentu. Ketika solat zohor rukuk di rakaat yang ketiga, tekak rasa perit dan pahit-muntah. Mujur aku sempat berdiri. jika tidak, aku terpaksa membasuh sejadah itu..setelah keadaan kembali tenang, aku buka naskhah terjemahan Al-Quran dan mulai membaca satu demi satu ayat. sehinggalah aku sampai semula pada Al-Fatihah. Rasa lega sedikit. Walaupun hati masih berat dan fikiran masih tak fokus. ku melangkah masuk ke Office, masih dengan zikrillah.Lebih baik.
Waktu Asar, seusai solat, kumohon lagi lewat doa semoga Allah mempermudahkan urusan dan memeliharaku daripada apa yang tidak ku ketahui. Kuat menghadapi sebarang cabaran dan dugaan, dan terpelihara daripada kejahatan hati dan kelemahan akalku, gangguan jin dan syaitan, dan godaan nafsu, dipelihara dari kejahatan hati manusia dan kejahatan pandangan mereka. Ya Allah, aku meminta bukanlah kerana aku tak sanggup menghadapi ujian serupa ini, kerana aku tak tahu kepada siapa harus diluahkan gundah gulana dihati. Bagaimana untuk sebaiknya menghadapi ujian berupa ini. Ya Allah, aku balikkan semua ini kepada perkiraan Mu ya Allah. Sengsara zahir dan batin hanya Engkau yang Maha Tahu. hanya Engkaulah yang Maha Membalas.
Bagaimana seharusnya aku bersikap terhadap "musuh" yang tak dikenali?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment