May 2, 2012
Pemilik hati
Malam semalam mimpi Pak Abu dan keretanya yang menjadi buruk. Seawal Subuh masih menafsir yang tersirat di mimpi.
Kali terakhir berjumpa, dia agak susut sedikit.Lebih daripada yang biasa. Sempat tanya menyelinap difikiran. namun tak berani disuarakan, bimbang dia dapat membaca rindu di hati.
Jumpa si dia lagi ketika dia sedang demam. Satu tanya melintas lagi: selalu sangat dia demam tahun ini sahaja.Normal kah? Sekali lagi tak disuarakan. Tak punya keberanian.
Pagi ini, seperti mempunyai aliran gelombang yang sama, tiba-tiba banyak ruang yang terbuka antara kami. Still, keberanian yang ada sudah terkubur semua. dan saya tak punya upaya untuk menghidupkan keberanian itu lagi. Momen-momen itu berlalu begitu sahaja. For FREE.huh
Tak kisahlah apa pun: Namanya sentiasa meniti dalam doa, mengharapkan Allah memberikan yang terbaik untuk dia, dan menjaga dia dalam Rahmat, Rahman dan Rahim. Semoga Allah memberikan belas ehsan kepada dia, dan menjaga dia dari apa juga yang tak dapat dinilaikan oleh akal fikiran. Amin.
*betapalah saya rindu dia. sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment