Oct 11, 2010

Mencari Kekuatan Dalam Kelemahan

Dunia memang sangat pelik. Bila kita tersenyum dengan hati terbuka menerima apa yang datang di hadapan, tiba-tiba ia bertukar wajah tanpa bersebab. Ia menjatuhkan kita dalam lubang dalam yang tak dapat di panjat, gelap dan dalam. kemudian. Bila kita sinis menerimanya, ia cuba pula menunjukkan wajah indahnya. bila kita bersendirian dan hilang arah, ia menunjukkan satu demi satu pintu gembira. Bila kita gembira, satu demi satu pintu itu ditutup dan kita dibiarkan sendirian mencari arah.
Hidup ini juga pelik. tiada corak yang tetap dan warnanya pudar selepas satu saat.Tiada penunjuk arah dan tiada laluan kecil. semuanya terbentang kosong di hadapan. kita pula yang termangu-mangu meneka arah..
Sepahit mana pun kehidupan dan sesinis mana juga dunia, kita harus redha menerima. kita harus berusaha mengubah dan memperbaiki. Kita harus sedia melepaskan tali yang sudah putus dan gantikan dengan tali baru yang lebih kejap. Supaya sekiranya kita perlu mendaki lagi, sekurang-kurangnya, kita sudah bersedia.
Kerana kelemahan hari ini, kita berupaya mencari kekuatan baru. dan kerana kesilapan semalam, kita tahu arah mana yang harus dituju. belajar melalui "trial" dan "error".Semoga niat yang baik disertai dengan kesungguhan usaha akan mencipta suasana kekuatan baru yang lebih baik.
Kelemahan itu adalah kekuatan yang sebenar.. hanya saja kita perlu tahu menggunakannya untuk memotivasikan diri. InsyaAllah

No comments: