Oct 7, 2011

Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan

Kata seorang kawan:

Ajal dan jodoh itu sinonim. Kerana apabila sudah sampai masanya, ia akan datang dan pergi tanpa dapat dihentikan dan diundurkan seminit pun. Kerana Dia telah menuliskannya pada Luh Mahfudz.kita harus menerima dengan redha apa yang sudah tertulis. disamping berdoa agar apa juga pun yang datang biarlah yang terbaik untuk kita.
Kerana itu, berdoalah sekiranya dia adalah jodoh kita, terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dadalah sekiranya ternyata dia tidak dituliskan untuk kita.

Dengan perasaan tawadhuk, dalam hati berkata: Allah selalu akan memberikan apa yang kita terima dengan berlapang dada.apa yang kita terima dengan redha,rela dan ikhlas. Lebih daripada apa yang kita dapat menerima dengan senang hati. Banyak bezanya antara gembira menerima dan menerima dengan redha, rela dan ikhlas. Cuma ianya sukar dijelaskan dengan bahasa biasa. kita harus berbicara dengan bahasa tuhan.

Redha adalah menerima dengan rasa syukur, ikhlas, rela serta berlapang dada.
Menerima dengan tangan terbuka adalah menerima dengan gembira.Banyak bezanya.

kerana itu, hati berdetik lagi:sekiranya jodoh sudah tertulis di azali, kita menerimanya dengan gembira. dan sekiranya jodoh itu hanyalah sekadar jodoh pertemuan, kita menerimanya dengan redha.

Amin...

No comments: