Oct 16, 2011

Misi diteruskan!

kisahnya: aku sedang belajar setia. hanya kepada dia.

kisahnya: aku berjumpa semula dengan sang kekasih gelap yang tak menganggap diriku sebagai seadanya. kisahnya, pada waktu yang lepas, aku merasa terluka perasaan dan kecewa yang amat kerana aku sangat menyayangi dia, tapi tak boleh menzahirkan dengan kata kata dan tingkah laku. kisahnya, dia lebih menyukai orang lain berbanding aku. dan kisahnya lagi, dia berani meninggalkan aku untuk perempuan-perempuan lain yang lebih menggoda jiwa.kisahnya, saat aku penasaran kerana dirinya, dia menganggap remeh rasaku, dan beranggapan bahawa, aku kan tetap selau untuknya bila dia memerlukan aku.Kisahnya, dia pergi begitu sahaja, tak memandang mataku yang penuh rasa untuknya, dan tanpa mengambil kira hatiku yang pecah berderai, dan tinggalkan aku bermusim-musim lamanya. dan Kisahnya, dia kembali bertanya kasih yang sudah sekian lama dibiarkan sendirian menghadapi hari-hari luka.


kisahnya: aku menemui dia yang membuat hari-hariku lebih gembira. aku menemui dia, yang mengembalikan semangatku ke tempatnya. Aku menemui dia yang membuatku rasa seperti cinta pada pertama kali. kisahnya, dia membuatku percaya diri bahawa, hari-hari adalah hari-hari yang perlu dinanti bersama dia disisi. kisahnya, dia membenarkanku untuk percaya lagi.padanya.pada semua kemungkinan yang ada. pada semua keindahan. dia membuatku terlupa luka di hati, walaupun hatiku hancur kerana masa lalu. dia membuatku sedia untuk memberikan yang terbaik untuknya, menjadi yang terbaik untuknya. Dia membuat hari-hari suram bertukar menjadi warna-warna yang meriangkan. kisahnya, perlahan-lahan, aku jadi suka dia. ingin dia. Kisahnya, aku terlupa akan sang kekasih yang hilang bersama musim.

Kisahnya:bila aku memohon maaf pada sang kekasih yang hilang itu, aku mahu ia berakhir tanpa dendam. tanpa sengketa. tanpa harapan-harapan kosong. Kisahnya bila aku menemui dia, aku hanya ingin memastikan bahawa, aku sudah kebah dari mencntai dia. kisahnya, bila sang kekasih memegang erat tanganku, tiada rasa hati yang terusik. Bila dia melepaskannya kembali, aku jadi tak sampai hati memberitahu bahawa, aku sudah mulai suka dengan someone. hatiku sudah penuh dengan perasaan ku pada someone itu. Kisahnya:bila dia bertanya mengapa ada kedinginan dalam genggaman tangan itu, aku tidak mampu memberi jawab. mungkin kerana mengenangkan perasaan dulu.

kisahnya, aku jadi tak sampai hati. melihat dia menunjukkan rasa kasih, dan perhatian. aku jadi tak berani berbicara dihadapannya tentang orang lain. aku jadi kasihan untuk berterus terang. Kisahnya, aku jadi pura-pura.

Kisahnya, aku gembira kerana aku sudah move on dari dia. aku sudah move on!

Sudah Move On!:o)

No comments: