kamu
takkan mengerti
dan takkan tahu
betapa
aku
mahu
kamu.
kamu tak mengerti
bahasa rindu.
kamu dan duniamu
kamu dan dirimu
aku dan diriku
yang terjatuh ke dunia kamu
harus rela
andai ada rasa aneh
yang belum bernama
sampai bila?
masa pun enggan beritahu.
kamu takkan mengerti
kerna
ku sudah cuba
mengikat hati supaya tak lari ke kamu
menggari tangan supaya tak sentuh kamu
dan dirikan tembok
dari ais
supaya terjarak dari kamu.
bayang kamu
masih ada
tapi biarlah tertinggal dalam mimpi
kamu takkan mengerti
kalau ku beritahu.
2 comments:
feels good 2 write & let it out isn't it? :)
yes,definitely
Post a Comment