Bohonglah kalau itu yang baik untuk kamu.Tapi jangan paksa saya untuk terima kebohongan begitu.
Tipulah jika kamu rasa gembira untuk buat begitu.Yang kamu tipu adalah diri kamu sendiri.
Berlaku kejamlah kalau itu membantu kamu untuk teruskan hidup,saya harap kamu takkan terluka dengan perbuatan kamu sendiri.
Pura-puralah kalau itu yang buat kamu rasa hebat, semoga yang terbaik untuk kamu.
Kamu hebat kerana nampaknya kamu sudah menang dalam permainan kamu.Tapi saya bukan seorang pemain,dan saya tidak bermain dalam permainan yang kamu cipta.Tolong jangan heret saya dalam permainan-permainan kamu.Bosan!
Kata kamu:tolong pertahankan saya.Bagaimana saya harus pertahankan apa yang saya sendiri tidak ketahui?
Kata kamu:jangan berdendam, tak perlu fikir kata orang, yang penting kita masih rakan baik.Bagaimana kamu boleh kata begitu dengan senang?adakah kamu berfikir bahawa kita masih boleh jadi kawan baik setelah ini?Kenapa kamu perlu begitu tidak praktikal..Agaknya kamu tidak pernah rasa dikihianati.
Terima kasih banyak-banyak.
Jika saya sakitkan hati kamu,itu bukanlah kerana saya maksudkan.saya hanya tidak dapat menahan diri.Harap kamu mengerti.
Kamu memang hebat kerana membuatkan saya berfikir bahawa saya membiarkan kamu memperbodohkan saya. Tahniah!
Tahniah.selamat menjalani hidup dengan gembira.kerana saya akan bergembira dengan kehidupan saya..tanpa perlu kamu.
No comments:
Post a Comment