Apr 29, 2010

saya dan saya lagi

saya sangat emosi.itu tidak boleh dinafikan.
Orang hanya tahu kata begitu dan begini..Eh, apa kata kamu berdiri di tempat saya?
Orang hanya lihat apa yang mereka mahu lihat.Selebihnya apa?
Dan bila saya bertindak dengan cara saya, kata mereka saya salah kerana mengikut kata hati.
Mereka kata begitu dan begini, tolong jangan kata apa juga pun..kerana kamu hanya menambah kesakitan hati saya.
Biarlah.Berita gembira atau sedih, semuanya sudah tidak bererti.Masa untuk jelaskan semua sudah tamat.Diam dan pergi dari sini.
Saya?Kejam kerana bersifat berat sebelah?Kejam sangatkah saya bila saya berat kepada diri sendiri?
baik sangatkah kamu?Biar saya tanya sekali lagi,adakah kamu pasti apa yang kamu buat itu bukan untuk kepentingan diri kamu sendiri?
Jangan bergurau ok..kamu tidak tahu apa yang kamu buat!

Banyak yang sudah berlaku. Saya memang marah dan tertekan. tapi belum sampai ke tahap kejam lagi. Saya bukan orang yang melampaui batas dalam perbalahan. Saya hanya menjauhkan diri, bukannya saya berplot untuk membunuh kamu.Dan saya tetap mendoakan yang terbaik untuk kamu..walau apa juga yang terbaik.

Orang akan kata apa sahaja.Katalah sesuka hati. apa yang saya lakukan adalah untuk melindungi diri saya sendiri.Saya berhak bertindak atas kebaikan diri sendiri. Saya memilih untuk percaya siapa yang akan saya percayai. yang penting orang itu bukan kamu atau kamu.

No comments: