Ku jatuh cinta kepadamu...
Tak sedar bila, tapi kurasa perasaan itu.
Tak mahu mengakui, tapi bila kau tiada,
aku terhilang dalam ingatan
Takut.
bimbang kau tiada dalam takdirku.
Takut.
kau hilang setelah ku tersedar perasaan.
Mengapa aku tak tersedar?
Rasa itu sebenarnya rasa suka?
Sehingga hanya dengan senyuman
aku sudah jadi penasaran
hanya dengan pandangan
aku jadi igau-igauan
hanya perkataan
aku boleh tersenyum sepanjang hari.
kerana kau.
Mengapa tak tersedar,
selama ku hilang dalam kecewa,
selama ku kejar mimpi-mimpi bersama yang lain
kau tetap hadir
memberi rasa dalam hati.
Aku takut kehilangan kau.
Bila tersedar kau masih yang terbaik
antara yang ramai
dan antara yang ramai, aku hanya lihat kau.
Aku takut terbawa rasa.
Takut hilang kau.
takut sebenarnya aku hanya lihat kau
bila aku sendiri dan sunyi
takut aku hanya memenuhi kepentingan diri.
takut aku hanya mencari pengganti
takut.takut.takut.
takut ada hati lain yang terluka.
aku mahu pergi jauh dari kau.
aku cuba pergi jauh dari kau.
aku cuba untuk tidakkan kenyataan perasaan.
aku cuba untuk pergi.kerana aku tak mampu menutup rasa bila aku dengan kau.
Aku pergi kerana kuyakin hanya Dia yang maha tahu.
Aku pergi kerana tak mahu hanyut dengan perasaan lagi.
Aku pergi kerana aku mahu kau terus ada disitu sebagai semangatku, bimbang kiranya kau tahu perasaan ini..
kau akan benar-benar hilang.
Thank you untuk hari ini dan semalam yang gembira.
aku mahu kau ada, walaupun aku bukan pemilikmu.
No comments:
Post a Comment