Jun 14, 2011

Masa' bodoh?

Sendiri dalam keramaian.

begitulah kesimpulannya kehidupan setakat hari ini..

Rasa sendirian itu lebih baik daripada jadi hipokrit. Pura-pura jadi orang lain untuk meraih undi popular. sayang sekali, aku tak perlukan undi popular untuk menang kerana aku sememangnya popular tanpa perlu berkata-kata yang buruk tentang orang lain.Jadi, tak kisahlah. Selalunya, orang akan bisa menilai sendiri mana yang baik atau yang buruk...tak perlulah mengajarkan kepada mereka.

Walaupun untuk jadi lain itu terpaksa bersendirian, ku pilih sendirian...

satu perkara yang ku belajar dari kisah Marilyn Monroe:orang yang membunuhnya adalah orang yang rapat dengannya. Orang yang menjatuhkan reputasi Monroe adalah managernya sendiri. dan orang yang menyuntik dadah yang membunuhnya adalah kekasihnya-semuanya kerana Monroe sudah tidak mengikut telunjuk orang-orang ini.

hebat sekali strategi hidup sesetengah orang itu. Mula-mula sebarkan perkara yang tidak-tidak tentang orang lain:katakan orang lain benci, cemburu dan apa saja yang boleh dijual ke telinga orang, kemudian pergi menconteng dinding facebook dengan kata-kata kononnya dikhianati, selepas itu tarik semua kawan-kawan yang ada, dan berpura-pura hidup dengan gembira.
ku memilih untuk mengabaikan semua sikap keanak-anakan ini. kerana tidak berfaedah.
Benarlah kata kawanku:dia bukannya jenis orang yang boleh dijadikan teman..

Ya Allah, hasbunallah wa ni'mal wakil. La hawla wala kuwwata illa billah..

No comments: