Aku sedang mempersoalkan rasaku. Adakah aku bermain lagi?mencari teman berhiburan sementara aku meneutralkan hati yang terluka?
Sesungguhnya, dengan setiap perasaan yang kurasakan tentang dia semuanya benar. Aku cuba memberi ruang kepada diri dan dia, moga ada pelajarannya disana. yang nyata, aku rasa selamat dengan dia, rasa gembira semula, dan lebih fokus kepada kehidupan. aku merasakan perasaan halus yang membuak-buak, hanya kerana ada dia disitu.
kadang-kadang, ada rindu yang datang pada teman lama. tapi bila difikirkan semula,apalah gunanya?Hanya aku yang rindu-rinduan sendiri, hanya aku yang terasa-rasa sendiri, sidia?entahkan aku wujud entahkan tidak. Dia membuat ku rasa tak selamat, tak yakin diri dan penuh dengan emosi-emosi keras dan kasar. Aku takkan menafikan betapa aku sayangkan dia, tapi sudah terlambat untuk itu. Aku tak berani mempertaruhkan hati lagi. bimbang yang sudah pecah berkeping, jadi pecah berderai pula. bagaimana akan ku cantum semula?tak mengapalah. Aku tahu dia bahagia sekarang. aku doakan.
Intuisiku banyak pula benarnya belakangan ini. dan tak banyak tersasar dari realiti sebenar. Untuk teman rapatku yang seorang itu.Bukan aku tak dapat merasakan betapa gusarnya dia, atau betapa lukanya dia kerana si polan yang pelik, tapi mungkin kerana aku sudah banyak melukakan diri sendiri, maka aku gagal merasakan gusarnya. cuma kepada si polan ini, dia tidak seharusnya menghancurkan orang lain dengan jengkel fikirannya sendiri. Atau mungkin aku terlalu terselimut gembira maka aku jadi tak sensitif dengan emosi orang lain?atau mungkin kerana aku mahu lupakan luka-luka kecewa yang masih berbekas dihati?Jika amatan ku ini benar, adakah guess ku tentang yang lain juga?
Detik ini, aku tak mengharap banyak dari orang-orang. Pada dia atau sidia. Aku hanya berdoa apa yang selayaknya untuk ku. Kerana yakin Dia lebih tahu perancangan mana yang terbaik untukku.
Kali ini, aku tak kan menolak dia lagi. dan kiranya dia pergi lagi kali ini, aku tetap akan menerima dengan hati yang lapang..
No comments:
Post a Comment