Inilah aku. Suka sabotaj kebahagiaan sendiri.
Hari berputar bagai tiada henti. Hariku penuh dengan tugasan yang sentiasa menanti.lalu aku terlarut ke alam sendiri. membiarkan dia menjawab sendiri tanda soal di hati.
lantaran terbiasa menjaga diri, terlupa seketika ada dia ditepi, kubiarkan masa berlalu sendiri, kerana ku butuh ruang sendiri.
saat dia cuba merapati, semakin jauh ku bawa diri. bukan kerana hati tak sudi, kerana tak tahu bagaimana mengungkapi rasa hati.
Oh, bagaimana ini?semakin ku cuba membuka hati, semakin jauh pula aku berlari. masih bimbang andai dia khianati, mengharap dia mengerti sendiri.
Tuhan, bagaimana seharusnya aku hadapi, sekejap rasa kasih dihati, sekejap rasa bertukar ngeri, sekali sekala bimbang sendiri, ada ketika tak ambil peduli.
Adakah belum layak aku bermimpi?memilih dia menghuni dihati?adakah belum tiba seru alami?Yang dekat belum mampu berganti?atau hati yang bermain sendiri?menidakkan perasaan yang mulai kembang berseri? atau apakah?
No comments:
Post a Comment