Sep 18, 2009

Apalah erti hari raya tanpa...

hehe.tajuk konon gempaklah.
sebenarnya,tidak ada apa yang perlu dikhabarkan tentang hal diatas.cuma sekadar title.hype saja.
semalam agak lewat sampai ke rumah.sebab banyak sangat singgah ke sana ke mari, tidak sedar hari makin lewat.sampai agak pagi hari jugalah.terus tunggu sampai sahur.maklum saja, sahur disini kan kira-kira pukul 3 macam tu.masa yang ada habiskan dengan borak-borak sambil makan dan discuss planning seterusnya.Bangun awal..sebab ada baby kecil yg macam ayam.pagi hari lagi sudah kecoh-kecoh.wouldnt want to miss the fun..;o)
awal pagi lagi sudah hujan.so, hari yang berbaki panjang tu di habiskan dengan aktiviti mengemas rumah..dan main bunga api dengan baby kecil yang cute and keletah.sure to miss him later.my sister kata kenapalah kami berdua main bunga api siang hari?whateverlah.yg penting baby gembira, and i shared the feeling with him.after maghrib sambung main.kali ni main bunga api yang agak besar pula.15 kali.all sounds and colours.up in the air.memang meriah.my brother pasang pelita.Kali ni, tinggal rumah kami saja yang ada pelita.jiran sebelah sudah balik kampung.jadi, pelita yang ada di lorong tu hanya pelita dari rumah kami. It looks so beautiful.it is like Fire burning.cantik.
Terasa suasana raya tu.setiap tahun memang tidak sempat rasa suasana begini.Balik pun pada akhir-akhir ramadhan. Kami tidak pernah terfikir pula untuk beli firecrackers.tahun ni lain sikit.kesempatan dan masa.Baby kecil yang first time sambut raya.semua tulah yang mendorong untuk sambut raya dengan lebih meriah.More feelings no doubt. My brothers simpan lagi satu surprise untuk malam raya.Bigger firecrackers.hehe.memang diorang ni bersungguh betul.Walaupun tahun ni, kad raya tidaklah banyak sangat.banyak yang di hantar secara online, tapi tidak menjejaskan perasaan untuk raya.
apalah erti hari raya tanpa kegembiraan begini.berkumpul.bergembira.merayakan dengan rasa syukur.dan bunga api.;o)
Semua ini sangat bermakna kerana adanya orang-orang yang kita sayang dan sentiasa membuatkan kita gembira.walaupun bukannya dapat diukur dengan harta benda yang banyak.

No comments: