Saya tidak mampu menyoal hati kerana hati pun tiada jawapan untuk semua soalan saya.
Akal lain bahasanya dengan hati. hati yang kadang-kadang masih tersisa rasa, dan akal yang berfikiran-sudah!cukup disini!habis!
Bagaimana hati? Pudarkan saja rasa disitu kerana warnanya sudah tidak kelihatan. Bagaimana hati?
Kata hati mengatakan semuanya sudah tidak berasa.warna sudah pudar.Lupakan saja.Tidak ada guna mewarna di atas air.tidak ada kesan pun.Yang berwarna hanya darah dari luka.Kata hati lagi,tidak mengapa.Luka sedalam dan sebesar mana pun tetap akan sembuh. walaupun memakan masa-tapi hakikatnya ia sembuh!
Kata akal-Benar.Mengapa perlu gusar?Jika begitu yang perlu terjadi,biarlah ia terjadi.Biarkan.Berikan sedikit waktu, pasti semuanya akan baik.
Kata saya:saya akan baik.saya hanya perlu sedikit ruang untuk memperbaiki keadaan.Mudah-mudahan yang terbaik untuk saya.
2 comments:
be strong babe,just be strong..i'm with u..
million kisses and hugs for u..tq.
Post a Comment