Dec 8, 2010

Cik Siti yang kelabu

Saya merasakan energi negatif yang ekstrem kebelakangan ni. Adakah ia cara saya memandang dunia yang negatif?
atau sememangnya ada aspek dalam kehidupan saya yang negatif?!Apa dia? atau siapa dia? Atau sekali lagi, ia dipengaruhi oleh hormon yang kurang stabil?
Puas saya bertanya diri, setelah beberapa hari ni bermood kelabu...apakah yang memetik energi negatif ni sehingga, hampir keseluruhan pandangan saya berunsurkan negatif?

Atau saya terlalu melayan perasaan, sehinggakan yang biasa-biasa sahaja semuanya kelihatan negatif?

Oh, tidak..jika saya berterusan begini, saya akan mengalami gangguan perasaan yang teruk.Lebih teruk dari apa yang pernah saya alami. Ini akan mengurangkan fokus dan merosakkan pencapaian saya sehari-harian.. Jadi jika sudah tahu begitu, kenapa perlu diturut rasa hati ya, Cik Siti?

kan kamu pernah mengalami yang lebih teruk lagi. bukankah kali ini kamu seharusnya sudah cukup matang menghadapi?
Cuma, seketika, saat minda terlupa, mungkin saya membiarkan warna kelabu itu meresap ke minda...

Jadi,cuba ya Cik siti..Kuat menghadapinya..Kamu pasti boleh.:o)

No comments: