Nov 16, 2011
Air
Memang sedap.Tapi bosan
Krisis air ini menambahkan perbelanjaan bulanan. Air minum kena beli. Makan kena beli. Hendak masak perlu fikir proses pembersihan selepas masak. Perlu fikir aspek penyediaan makanan itu bersih atau tidak. jadi sudahnya, makan saja diluar. Dari segi memuaskan tekak, walaupun ala-ala, tapi risiko keracunan kerana air kotor adalah minima.
Prinsip ekonomi: Bila permintaan terhadap satu barang keperluan naik, harganya akan naik. Barang kehendak turut sama naik harga. Contohnya, tiba-tiba permintaan terhadap kopi naik, lalu harganya naik. Harga teh juga akan naik,kerana pembeli akan membeli teh yanh lebih murah berbanding kopi. yang tak disedari adalah harga teh juga akan meningkat kerana kesan permintaan yang menaik.
Isunya di sini, bila perbelanjaan makan meningkat, perbelanjaan terhadap minyak kereta juga akan meningkat kerana proses ulang alik keluar mencari tempat makan.
Semuanya serba meningkat.
Ini cukup untuk menyebabkan stress. Saya enggan mengkomen orang yang sudah berkeluarga. Kerana saya tidak berada ditempat mereka. tapi, percayalah. Orang yang hidup single turut merasai bebanan ini. Beban yang sepatutnya DAPAT dielakkan sekiranya, orang-orang yang bertanggungjawab SEDAR dengan peranan tersebut dari mula.
Tolonglah.Untuk kebaikan bersama, fikirkan satu solusi jangka panjang. jangan sekadar nak tunjuk pandai dengan satu idea yang konon bernas tapi tak berguna untuk jangka panjang. Kalau sudah tak mahu orang tunjukkan bagaimana, tolong berikan satu cara yang lebih baik.
Air ini keperluan, bukannya kehendak. tanpa bersyarah pun mengenai kepentingannya, semua orang sepatutnya tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment