Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Laa Ilaaha ilallahu Allahu Akbar. Allahu akbar walillah ilhamd.
Syukur...
Raya dengan sejuta syukur yang tak terucap. Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang Maha Mempermudahkan urusan. Raya yang serba sederhana tapi penuh rasa terima kasih kepada tuhan yang Esa, atas nikmat dan rahmat yang sukar digambarkan. Apalah raya yang lebih istimewa selain daripada raya yang diraikan dengan kehadiran missing person yang hilang bertahun-tahun dan kembali for good? Subhanallah. Allah jualah yang Maha Memungkinkan kejadian segala sesuatu. Indeed, blood is always thicker than water..
Humbling.
Yes. Very. Pertemuan yang mengajarkan betapa besarnya erti tawakal dan ikhtiar. Betapa besarnya hikmah sabar. Merasakan Kasih sayang Allah yang Maha Besar kerana memberikan kesempatan dan kematangan untuk menilai kebaikan-kebaikan disekeliling. Terbatasnya akal tak dapat menjangka apa yang berada di hadapan. Suntikan semangat yang tak berpenghujung. memberi kekuatan yang tiada bandingan. ya Allah, Kuatkan hati hamba Mu ini di jalan Mu. Tetapkan hati hamba Mu ini di jalan Mu ya Allah.
Mencari Moral of the story.
tak mencari. ia ada di hadapan mata. "bagi mereka yang mahu berfikir (akan kebesaran Allah)".
Kembali dengan rasa insaf dan redha. Kerana apa jua yang berlaku adalah yang terbaik untuk hambanya pada Allah.
Pasrah itu menyerah, Redha itu ikhlas....
Insya-Allah
No comments:
Post a Comment