saya hilang dalam tafsiran-yang salah, yang tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh emosi.
saya hilang inspirasi-untuk menyatakan apa yang tersurat,mahupun yang tersirat.
saya hilang diri saya yang lama-kerana saya cuba menukarnya dengan keyakinan yang baru-akhirnya saya hilang sendiri
saya manusia.dengan kelemahan manusia-walaupun itu bukan alasan untuk melakukan semua kesilapan yang ada.
saya tersedar diri-saya seorang yang baru-berfikir dengan pengalaman yang baru-mentafsir dengan fikiran yang baru-tetap dengan keyakinan yang satu-kepada Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar
saya tercalar di hati-kerana salah mengertikan rasa percaya-
dan-
saya kehilangan kesayangan-kerana saya mengikut hati dan tidak berfikir panjang
tiada apa yang tinggal-kerana-salah tafsiran itu harganya adalah persahabatan.
saya adalah saya-
yang individualistik-impulsive-dan-naive
tapi selalu bertanggungjawab untuk perasaan saya-dan-apa juga yang berlaku di dalam hidup saya.
saya.hilang.dalam.tafsiran.
No comments:
Post a Comment