saya
sang pelengah masa
yang melengahkan kerja.
saya
sang pelengah masa
yang tidak boleh bergerak
selaju mungkin
kerana saya dilengahkan oleh
kerja-kerja yang dilengahkan.
saya
terlengah
melengah-lengahkan
dilengahkan
oleh masa-masa
yang terlengah.
saya hanya ada masa
untuk lengahkan lagi
apa yang sudah terlengahkan.
saya sang pelengah masa
yang terlengah kerana yang melengahkan
p/s-tapi marking dah settle,dan minggu depan saya harus mulakan dengan kerja-kerja key in markah,dan buat SKT untuk semester ini.semoga saya berjaya untuk tidak melengah-lengahkan lagi apa yang sudah terlengah.semoga yang terbaik untuk saya..:O)
No comments:
Post a Comment