May 7, 2010

Raging Mad

Bagaimana baru kau puas hati?
Apa yang kau mahu?
Bukankah menjauhkan diri kau dari aku sudah cukup baik?
atau kau mahu perang yang sebenar?
Silap sungguh perkiraan aku tentang kau..
kau memang apa yang kau tunjukkan.
dingin, kejam dan tak peduli
Huh, silapnya aku kerana percaya kau taklah sekejam itu.
Hey,jangan cuba minta perhatian
dengan mengalihkan salah itu pada aku.
kau ni bukan sahaja bodoh..
malah tak berfikiran langsung!
jadi, apa agaknya yang menarik tentang kau pada mulanya?
kau pelik ya..
sanggup pula kau canai keburukan kekasih hati kau tu kepada orang lain..
apa kau fikir,
dengan menyuluhkan semua salah dia,
orang takkan boleh nampak cacatnya kau?
cetek sungguh fikiran kau!
memang dasar keanak-anakan!
Marahkah aku?
Huh,alang-alang kau kata aku jerit pada kau...
Nah,sekarang kau boleh saksikan sejauhmana marahnya aku pada kau!
suka kan?
Puas hati sekarang?
hey "kawan"
jika kau berniat untuk menyakiti aku..
untuk pengetahuan kau, aku sudah lebih dari sakit hati
tidak perlu tambah-tambah lagi.
Tak perlu..
Apa kata..
kau jalan saja berpegangan tangan dengan kekasih hati kau
yang pembohong sama macam kau.
jangan pura-pura suci macam malaikat,
tapi belakang macam sial!
oh ya.kamu memang pasangan yang sepadan.
kau boleh kata aku emosi, mental, atau merapu.
Ada aku kisah?!?!
kau akan tetap kata banyak benda.
suka hati kau lah.
itu saja yang kau tau kan?
salute untu kau..
Permainan yang hebat!!!
(sighed)

bila jadi kawan kau, aku hanya fikir yang baik tentang kau. kau tahu?aku sangat kecewa.kerana kau sendiri yang membuktikan bahawa apa saja yang orang sekeliling kata tentang kau memang betul.kau...tidak berusaha untuk buktikan kau sebaliknya.jadi kau tentu boleh bayangkan kecewanya aku. kau membuktikan semua keraguan tentang kau benar, sayang...
kau tak tahu betapa aku sangat terluka begini.tapi lebih baik sekarang, lebih baik patah hati sekaligus sekarang.dan habis disini sahaja.lebih baik.

Kau membuatkan aku orang yang sangat terluka..Terima Kasih

No comments: