May 14, 2011

Apa Sajalah

Tak Boleh tidur kerana telah spent almost sejam tidur asar tadi.

malam ni memang bosan. Buka TV, tiada yang menarik. Almaklum, orang tak suka dokumentari, tak suka drama , tak tengok berita...jadilah serba serbi membosankan.Tengahari hari ni menemankan teman baik, masak dan makan sama. Best lah. Selera lebih terbuka dan yang paling penting tengok lebih banyak Tv daripada biasa. Kekasih yang lagi satu ni, sedang bermasalah sejak hari yang lepas..mood down a bit sebab rasa tertekan dengan mood kekasih yang tak pandai OK sejak beberapa hari lalu..sakit hati, rasa macam nak baling dia. Tapi sabarlah..kan separuh dari iman.

Kepala a bit dizzy-kebelakangan ni memang banyak yang tak kena. Sejak kejadian pitam dalam kereta hari tu, lebih berhati-hati tentang makanan. Sedang berusaha mengurangkan kaffein-cuma kaffein ni memang necessary evil. WAJIB ada.nanti semacam craving pula. Demi menjaga diri, harus cuba meminimakan intakenya. Harus kurangkan teh, bahaya kepada refleks dan darah. Harus banyak makan yang ber energy merah untuk improve, harus ambil lebih protein dan macam-macam lagi. Seriously undernourished, almaklumlah seorang diri.Makan pun ala-ala. Macam manalah saya boleh membenarkan diri mengabaikan diri sendiri pun tidak pasti. Kerana itu, planningnya ialah memenuhkan peti sejuk dengan sayur-sayuran dan makanan sihat. baik juga saya sudahpun berhenti memakan mee segera sejak beberapa bulan yang lalu, tak minum carbonated drink dan junk food. But, still adalah intakenya sekali sekala.and i proudly announce i'm no longer a sweet-tooth. Terlampau manis menyakitkan kepala.
hehe..sebenarnya, pressurenya adalah berat badan yang bertambah sebanyak 3kg. walaupun masih di tahap OK tapi membimbangkan. kebulatan yang menakutkan.

Agak marah sedikit hari ni..Ada x gila yang tak faham bahasa. Agaknya ada tak perkataan "TIDAK" lain yang lebih extreme? Benci sikap bodoh dia.
Poking, Calling, praising, smsing tu memang perbuatan bodoh untuk orang yang sudah berkahwin tapi masih rasa boleh berfoya-foya dengan orang lain!tak available tu buatlah cara TIDAK AVAILABLE. Do not insist on a lost cause!malas beronline, malas layan handphone-biarlah dia ada di merata-rata. Terganggu!

Tiba-tiba, my little sister bergosip tentang sesuatu yang pelik. My mum cakap tentang kahwin. Tidak pernah berlaku ni my mum sentuh tentang kahwin. Jadilah mungkin sudah sampai masa untuk cari someone yang sesuai. Masalah saya ialah:saya mencari seseorang yang matang, yang baik, dan sesuai. tapi setakat ini belum ketemu yang berciri begitu. Adapun, by now mesti sudah tidak available.So, what to do? takkan lah kerana orang lain suruh kahwin bermaksud boleh tangkap muat sahaja. sedangkan memilih kawan pun ada guideline nya, ini kan pula orang yang kita akan spend the whole life dengan dia. Satu lagi, tak boleh percaya sangat dengan first impression. kadangkala first impression ni macam smoke screen-nampak saja macam baik, but try befriending the person-keluar semua tanduk..i have a close encounter. Nobody's perfect, yes. tapi harus ingat, dalam list i, tiada perkataan perfect atau handsome, TQ. So perfect is not the objective.Handsome is ordinary. semua orang mahu. i happened to be someone that like something different. Bukannya apa yang semua orang mahu...Hmm, boleh difikirkan ni. Menarik. Atau minta my mum saja uruskan.tak mahulah. i dont need an excuse to blame anybody for mistakes..Baik i cari sendiri:o)

Tidak banyak yang boleh diramble. Just attempting to write in malay, dan hasilnya begini. Lucu bunyinya..hehehe

Satu demi satu orang memesejkan ucapan hari guru.Terima kasih untuk anak itu. Saya rasa sangat dewasa dan perasaan untuk bertanggungjawab terhadap karier membuak-buak. tak pernah terdetik pun akan jadi pendidik, tapi berkat doa ibunda tersayang, jadilah saya antara orang yang di wish pada hari guru.Terima kasih pada mereka untuk ingatan dan peringatan untuk menambahkan kualiti pada kerjaya saya. Insya allah.

Apa jua pun yang berlaku sepanjang masa ini, new information, new realisation, new story atau apa-apalah yang berlaku sepanjang masa ni, sudah dituliskan oleh yang Maha Besar.Selain daripada bersyukur dengan semua itu-baik yang buruk atau yang baik- sebaik-baiknya biarlah kita ada rasa keinsafan kerana Dia yang maha tahu apa juga pun yang terbaik untuk kita.. manalah kita sebagai manusia yang terbatas akal ni boleh meneka bagaimana pula masa hadapan?Harusnya bersyukur sebab diberi kesempatan untuk belajar daripada kesilapan. dan lebih bersyukur kerana, walaubagaimanapun, tiada perkara lebih teruk berlaku. hanya kecalaran sedikit sahaja:O). tak lupa sujud syukur untuk itu.

Aidh al-Qarni:masa lalu itu takkan kembali, dan umpama pasir halus yang berterbangan. Masa hadapan akan tetap datang bila tiba saatnya, dan tak perlu kita pergi mencarinya, atau meminta supaya ia disegerakan. Masa kini adalah jelas, maka hiduplah hari ini dan manfaatkan ia sebaik mungkin.(dalam buku Jangan Bersedih)

No comments: