May 21, 2011

Pada Ketentuan-Nya

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu telahpun tertulis pada Luh Mahfuz. Sebab dan Akibat sesuatu kejadian itu hanyalah medium yang menjelaskan sesuatu kejadian tersebut.

Sebuah rumah anak yatim yang ranap dek tanah runtuh, kematian mahupun selamatnya sesuatu itu semuanya bergantung kepada kehendak dan izin tuhan yang Maha Esa jua.
Hikmah kejadian itu adalah rahsia yang hanya boleh diambil peringatan dan pengajaran oleh mereka yang melaluinya.

mengapakah kita perlu mempersoalkan apa yang telah tertulis di azali?mengapa kita harus berburuk sangka dengan kekuasaan Dia yang Maha Mengatur perjalanan hidup ini?

Kerana itu bila kita tertimpakan sesuatu yang tidak diduga, kesedihan, kesusahan ataupun perkara-perkara gembira sekalipun, sebaiknya kita bersederhana dalam menanggapinya. kerana segala sesuatu itu sudah ditakdirkal oleh Nya..ketentuan yang hanya di ketahui hikmahnya oleh yang maha kuasaa, dan pastinya sebagai renungan untuk mereka yang mahu berfikir.

No comments: