Dec 25, 2013

Tanya sama hati

Alhamdulillah. Kejutan Allah memang sangat sweet dan tak dapat dijangka. But then, betul lah kan. Nama pun kejutan. Mana ada kejutan yang dapat dijangka.

Hari itu, menonton satu program di TV. ada satu couple. Yang si isteri tu dulunya ada cerita kontroversi sebelum berkahwin dengan si husband. Bila lihat mereka di TV, diam-diam hati terdetik: memang ada hikmahnya. Ada hikmahnya perhubungan yang terputus atau perkahwinan yang terjadi. Hikmah itu selalu untuk yang terbaik dan tak ada yang berlaku sia-sia.

Hari semalam, seperti selalu, browsing my social network. Satu kejutan tak disangka. Dua pasang lecturer zaman uni  tahun 2007. pasangan ini diberitakan bercerai. Ingat lagi masa tu semua orang hampa. well, people like fairy tale kinds of love story. No room for imperfection. Still mereka berpisah juga. No further news on that.  Fairy tale crushed. Semalam, seorang lecturer zaman uni announced or made public their photo. They are husband and wife again. Surprise!!! after all these years. Alhamdulillah.

It did what to me: bertambah yakin bahawa Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya. Bahawa jodoh telah tertulis dan tiada satu pun yang dapat menghalang sekiranya ia sudah tertulis. TIADA. yang pastinya, tak ada sesuatu pun yang berlaku sia-sia. 

Sekiranya, selama ini ada yang belum kamu peroleh walaupun telah berusaha sekuat mungkin, tanyalah sama hati: apa yang kamu betul-betul perlukan saat itu? There  must be something in your heart or yourself that pull it to you...or drive it away. Kerana mungkin apa yang kamu mahu dan tak dapat itu, mungkin kamu tak perlukan.

Yang pasti: Jodoh ajal maut rezeki adalah dengan keizinan Allah jua. Berusahalah dan Berdoalah. dan perbaiki niat. Insya Allah. Tak ada yang berlaku sia-sia tanpa tujuan.

Insyaallah.